Thursday, 5 December 2013

Ayat Lawak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. haii berjumpa lagi kita di dalam blog ni. Alhamdulillah kita masih dikurniakan udara oleh Allah S.W.T. agar kita masih boleh menyedut nikmatnya ni.. Tanpa buang masa lagi kat sini imah nak sertakan beberapa ayat lawak yang boleh korang ambil untuk membuat status atau ape jer yang korang suka okay..

Lawak 1 :
Al-kisah SEEKOR ANAK KAMBING,
BERTANYA PADA IBUNYA.
ibu kenapa semua kambing ada bulu
dan kenapa bau kita busuk.

LALU SI IBU PUN MENJAWAB.
TAK MENGAPALAH ANAKKU, KITA BUSUK,
ORANG YANG BACA MESEJ NI LAGI BUSUK..
TAK RETI2 NAK GI MANDI…
ASYIK TENGOK FON JE

Lawak 2:

Ada sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah baru iaitu sebuah banglo mewah.

Beberapa hari kemudian, anak bongsu yang berumur 5 tahun bertemu dengan jiran lama.

“Bagaimana ye rumah barumu ? Tentu selesa dan besar ” tanya si jiran lama.

“Ya, memang best. Kami 3 beradik punya bilik masing-masing. cuma kasihan mama sebab tetap saja sebilik dengan papa.” jawab si anak mulus.

Lawak 3:

 Lelaki : Hai, rokok ada?
Awek Cashier : Ada. Nak rokok apa?
Lelaki : Winston merah ada?
Awek Cashier : Dah habis…
Lelaki : Ermm..bagi Dunhill merah je la.
Awek Cashier : Ada Nak perisa apa?
Lelaki : Hah? dah ada perisa? Perisa apa?
Awek Cashier : Ada..perisa paru-paru, kerongkong, bibir, kaki, and perisa bayi pun ada..nak yg mana? (sambil menunjukkkan gambar pada kotak rokok tersebut)
Lelaki :!#@$@#!@

Lawak 4:

 Suami : Sayang ada dekat mana tu ?
Isteri : TV9 ---> ( dekat dihati )

Suami : Sayang bahagia tak bersame abang ?
Isteri : NTV7 ---> ( i feel good )

Suami : Kenapa sayang mengahwini abang ?
Isteri : Mc'Donald ---> ( i lovin it )

Suami : Sejauh mana abang bermakna dalam hidup sayang ?
Isteri : TV3 ---> ( inspirasi hidupku )

Suami : Kenapa sayang cintakan abang ?
Isteri : Loreal ---> ( kerana dirimu begitu begitu berharga..)

Lawak 5:


Anis : Eh Soleha, kau tahu tak boyfriend aku call 3 kali sehari, love of my life (sambil buat muka bangga)

Soleha: Oh really? Kekasih aku call aku 5 kali sehari

Anis : Bestnya, banyaknya kredit kekasih kau?

Soleha: Taklah ini connection wireless...tak payah top up kredit.

Anis : (muka tak puas hati) Hmm... pukul berapa dia call?

Soleha: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik lagi aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

Anis : Errrrrkk....(terkena aku!)

Lawak 6:


"Happy Birthday!" 
"Aww you ingat birthday I" 
"Eh siapa yang nak ingat, facebook yang bagitau aku."

Lawak 7:

Kepada Sahabatku,

Inginku Mohon maaf, 
Jika terberak Atas jalan, 
Jika termakan 
Rumput tak bayar, 
Selamat tinggal 
Sahabatku Kambing dan unta. 

Yang Benar, 
Lembu

Lawak 8:

Cikgu: "Dah baca buku untuk exam ni?" 
Budak skema: "Habes satu buku!" 
Budak lain: "Baca 2 bab je." 
Me: "Ujian mana ni?"

Lawak 9:

 *Spot Check* 

Sekolah rendah: "Spotcheck ke harini? K." 
Sekolah menengah: "Woi sial mana aku nak letak phone, rokok ni!" 

Lawak 10:

 Ada yg suka berjalan dalam hujan sebab taknak orang tahu dia menangis. Aku suka jalan dalam hujan sebab jimat air takyah mandi kat rumah.


p/s: InsyaAllah kalau ada lagi imah akan post lagi ayat lawak.. okay..
THAT'S ALL FOR TODAY...THANK YOU