Monday, 23 December 2013

Alert Message Pada Blog




Alert message ni akan muncul pada permulaan blog dibuka. Caranya? ikuti tutorial di bawah:

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard > Design > Page Element > Add A Gadget > Html / Javascript

3) Copy dan paste kod di bawah pada ruang Html / Javascript tadi


copy di sini:

 


Nota:
Pada AYAT KORANG DI SINI, masukkan ayat yang korang nak letak sebagai message alert.

4) Dah selesai, klik save dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba! :)






Efek link goyang-goyang / Nudging

Assalamualaikum.. hai jom kita terjah toturial hari ini
Cuba korang lalukan cursor pada mana-mana link dalam blog ni, apa jadik? ada goyang tak? :) efek menarik ni korang boleh cuba apply dekat blog masing-masing.. kalau berminat la, kalo tak berminat jangan paksa diri ok,he2..caranya:

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard >> Design >> Page Element >> Add A Gadget >> Html / Javascript

3) Copy dan paste kod di bawah pada ruang Html / Javascript tadi:



400 - speed / laju efek nudging. Korang boleh adjust nilai ni untuk kelajuan efek, lagi kecik nilai, lagi laju efek goyang.

4) Lastly macam biasa, klik save dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba! :)

Cara buat textbox pada blog

Biasanya text box digunakan untuk mempamerkan kod html banner, kod html widget, text atau apa-apa sahaja yang anda ingin kongsi dengan pengunjung blog.

Contohnya banner blog seperti yang ditunjukkan di bawah. Jika anda ingin bertukar banner dengan blogger lain, anda haruslah menyediakan kod html banner blog anda bagi memudahkan blogger lain mengambil kod banner tersebut untuk di pasang pada blog mereka. Untuk itu, penggunaan aplikasi text box adalah diperlukan.









Untuk pasang text box ini pada blog, ikuti tutorial di bawah :

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard > Design > Add A Gadget > Html / Javascript (atau boleh juga paste di ruang entri post)

3) Paste kod text box yang anda copy tadi pada ruang Html / Javascript


 p/s: diruangan "Teks/kod html anda disini" tukarkan ia kepada html yang hendak anda masukkan

Cara untuk mengekalkan keamanan negara dan antarabangsa



Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Oleh itu, setiap negara wajar melaksanakan pelbagai cara untuk mengekalkan keamanan negara dan antarabangsa. Bincangkan.

            Pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria, konflik antara kaum yang masih melanda Sri Lanka dan pembunuhan etnik yang  pernah terjadi di Bosnia Herzergovina serta Rwanda memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah ibarat buih-buih di lautan. Oleh yang demikian, usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun antarabangsa.
            Tidak boleh dinafikan bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang pernah mencalar sejarah Malaysia membuktikan bahawa ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum sangat rapuh. Mainan sentimen perkauman yang keterlaluan ibarat percikan api telah menyemarakan gelombang kebencian antara kaum. Impaknya, peristiwa berkenaan  telah meninggalkan parut walaupun lukanya sudah sembuh kepada mangsanya. Atas dasar tidak mahu pisang berbuah dua kali kerajaan Barisan Nasional telah ditubuhkan bagi membentuk kerjasama pintar antara parti politik yang mewakili setiap kaum. Tegasnya, pertelingkahan dalam kalangan rakyat hanya akan merugikan negara kerana pihak yang kalah menjadi abu tetapi pihak yang menang menjadi arang.
            Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing  Sehubungan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia kecuali Israel. Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan berkenaan adalah untuk menjalin kerjasama dari aspek politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha untuk menyelesaikan konflik antara negara anggota. Intihanya, hubungan baik antara negara mampu menjadikan planet Bumi ini sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman dan makmur.
            Marcapada, perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila masing-masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul dan bukannya dengan mengangkat senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak berjasa dalam menyelesaikan pertikaian antara negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Tuntasnya, setiap perumitan yang timbul hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak.
            Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua pihak. Tamsilannya, di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk memastikan setiap kaum mendapat hak yang adil dan saksama untuk menikmati kemakmuran negara. Begitulah yang seharusnya berlaku di peringkat antarabangsa. Kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya memberikan layanan yang adil kepada semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai sekutu ataupun seteru. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada kebencian puak militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu antarabangsa yang memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Kempen memerangi keganasan tajaan Amerika Syarikat juga ternyata telah gagal untuk mengekalkan keamanan dunia malah negara ‘Uncle Sam’ itu ibarat tikus membaiki labu apabila keamanan dunia bertambah buruk lantaran polisi pilih bulu pemimpin negara berkenaan. Rumusannya, keadilan dan kesaksamaan layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan sesebuah negara dan buana.
            Deduksinya, prakarsa untuk mewujudkan keamanan dalam negara dan antarabangsa tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Perpaduan dalam kalangan rakyat harus dipupuk sejak kecil, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, hubungan kerjasama antara negara harus dipererat dan budaya bermusyawarah hendaklah diamalakan untuk menyelesaikan sesuatu perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara adil dan saksama untuk mewujudkan keamanan sejagat. Sesungguhnya, umat manusia harus sedar bahawa planet ini adalah untuk semua makhluk ciptaan-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya harus memastikan dunia terus makmur dan aman.