Peranan Ibu Bapa Melahirkan Keluarga Bahagia
Hubungan Kekeluargaan yang Erat Amat Penting dalam
Melahirkan Keluarga Bahagia.
Dalam era
dunia tanpa sempadan hari ini, istilah 'Rumahku Syurgaku' kian terhakis
dalam pemikiran masyarakat. Istilah itu seolah-olah telah hanyut ditelan zaman
kerana masyarakat hari ini lebih menumpukan kepada kerjaya dan
berlumba-lumba mengejar kemewahan hidup. Kesan daripada
itu, institusi keluarga kian rapuh dan berlaku pelbagai pergolakan dalam keluarga.
Untuk mengembalikan kegemilangan keluarga, ibu bapa melaksanakan tanggunjawab
dengan cemerlang dan perlu bijak menguruskan masa agar hubungan kekeluargaan
dapat diperkukuhkan dan dipertautkan kembali. Peranan ibu bapa dalam usaha
untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga akan saya huraikan dalam perenggan
berikutnya.
Antara
peranan utama ibu bapa untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga ialah dengan memperuntukkan
masa bersama-sama ahli kelurga. Jika ibu bapa dapat menjadualkan
masa untuk bersama-sama dengan anak-anak dalam tempoh tertentu, anak-anak akan
berasa dihargai, diberi perhatian dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Ibu
bapa oleh memperuntukkan masa untuk makan bersama-sama, solat berjemaah,
mengadakan mesyuarat keluarga atau sebagainya. Denga cara ini,
hubungan ahli keluarga akan dapat dipereratkan dan menimbulkan rasa
kasih sayang sesama ahli keluarga.
Selain
itu, ibu bapa juga perlu bersikap terbuka dengan anak-anak. Ibu bapa perlu
memberi kebebasan yang terkawal kepada anak-anak sesuai
dengan zaman semasa. Sikap mengongkong kehidupan anak-anak akan membuatkan
mereka memberontak dan akan cuba bertindak di luar kawalan ibu bapa. Dalam
hal ini, ibu bapa perlu mencari ruang masa untuk berbincang
dan mendengar permasalahan anak-anak agar mereka dapat meluahkan perasaan
berkaitan dengan hal peribadi, keperluan hidup dan memberi idea untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia selari dengan peribahasa muafakat
membawa berkat. Dalam kesempatan ini juga, ibu bapa boleh memberi teguran tehadap
tingkah laku anak-anak yang dianggap tidak sesuai. Jelaslah bahawa bersikap
terbuka mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Ibu bapa
juga perlu merancang untuk membawa anak-anak mengadakan aktiviti riadah
dan rekreasi. Aktiviti riadah dan rekreasi ini umpama serampang dua
mata kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, melepaskan
tekanan kerja tetapi juga dapat merapatkan ikatan kekeluargaan. Dalam hal
ini, ibu bapa bukan sahaja dapat bersiar-siar, beriadah atau melancong dengan
anak-anak tetapi dapat bermesra, bergurau senda dan memahami hati budi
anak-anak. Antara aktiviti beriadah yang baik ialah melancong, berkelah,
membeli-belah dan sebagainya. Konotasinya, dengan aktiviti beriadah dan
berreakrasi dapat memantapkan ikatan kekeluargaan.
Peranan
ibu bapa yang seterusnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah dengan menyediakan
keperluan harian dan pembelajaran anak-anak. Sebagai anak,
mereka mendambakan keperluan sepertimana yang diperoleh rakan-rakan
mereka. Antara keperluan harian yang diinginkan ialah pakaian, makanan dan
hiburan. Sewajarnya ibu bapa memenuhi keperluan tersebut mengikut kemampuan
masing-masing supaya anak-anak tidak berasa terasing atau ketinggalan
berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Keperluan pembelajaran juga perlu
dipenuhi agar anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna sama ada
di sekolah atau di rumah. Antara keperluan pembelajaran ialah alat
tulis,buku-buku latihan dan bilik belajar yang sempurna. Jika semua keperluan
ini dapat dipenuhi, anak-anak akan berasa seronok dan ukhwah keluarga dapat
dimantapkan.
Konklusinya,
ibu bapa perlulah melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam mendidik
anak-anak dengan sempurna agar ikatan kekeluargaan dapat dipereratkan. Ibu bapa
tidak seharusnya mengabaikan anak-anak hanya kerana untuk mengejar kemewahan
hidup atau kerana mementingkan kerjaya. Anak-anak ibarat kain putih yang
suci dan bersih, ibu bapalah yang berhak untuk mencorakkan kehidupan anak-anak,
untuk menjadikan mereka itu berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Kemesraan yang terjalin antara ibu bapa dan anak-anak akan mewujudkan keluarga
yang bahagia.
No comments:
Post a Comment