Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang amat penting di
negara kita. Namun begitu, masih banyak kelemahan yang kerap menjadi sungutan
orang ramai. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.
.
.
..........Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.
.
..........Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.
.
..........Sudah pasti
dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam
kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi
penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang
berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem
pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan
daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau
hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh
kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan
pengangkutan awam tersebut.
.
.
...........Selain
itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya
yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya
bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan
bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini
menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan
yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu
utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah
penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang
mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu,
masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai.
.
.
..........Kita juga
sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan
perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT
umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang
ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan
pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan itu. Kalau anda sering
menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk
menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen
LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan
penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket
sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang
mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan
masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan
sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
..
..
..........Malah,
pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja
mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu.
Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan
raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan
awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif
kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang
masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan
sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama
turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua
pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka
lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam
yang lain.
.
.
..........Banyak
juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang
awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini
berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut
dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan
kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam
tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur
umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai
meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan
sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut
turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan
pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut
perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi
“indah khabar dari rupa”.
.
.
..........Kesimpulannya,
masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak
yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang
tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam
sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan
pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat
ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi
tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya
kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap “sudah terhantuk
baru terngadah”.
No comments:
Post a Comment